Pertandingan Olah Corak 2024 | Panduan Lengkap

Pertandingan Olah Corak 2024

** Click here for the competition details in English

Jelmakan Tradisi Menjadi Inovasi

Selamat datang ke Pertandingan Olah Corak 2024, anjuran Corak Malaysia, dan disokong oleh Yayasan Hasanah.

Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadikan salah satu daripada 20 motif ikonik kami dan menjelmakannya menjadi reka bentuk produk akhir yang menakjubkan. Sama ada anda meminati reka bentuk tekstil, fesyen, ukiran kayu, reka bentuk perindustrian, seni grafik, grafik bergerak, animasi, UI/UX, penerbitan atau apa-apa sahaja, pertandingan ini adalah platform untuk menyerlahkan bakat anda.


Siapa yang Boleh Menyertai?

Pertandingan ini terbuka kepada semua bakat kreatif. Sama ada anda seorang profesional yang berpengalaman atau bakat-bakat baharu, semua dialu-alukan untuk mempamerkan kemahiran dan kepintaran anda.

 

Hadiah

  • Hadiah Pertama: Wang tunai RM 3,000 + pendaftaran IP
  • Hadiah Kedua: Wang tunai RM 2,000 + pendaftaran IP
  • Hadiah Ketiga: Wang tunai RM1,000 + pendaftaran IP
  • Hadiah saguhati: Wang tunai RM500 x 5


Garis Masa Pertandingan


  • Penyertaan Dibuka: 15 Mei 2024
  • Taklimat Konsep Pertandingan: 20 Mei 2024, 3 petang di Facebook Live*.
  • Daftar untuk taklimat melalui WhatsApp di +6011-33013911.
  • Tarikh Akhir Penghantaran Rekaan: 15 Jun 2024
  • Pengumuman Finalis: 19 Jun 2024
  • Pertandingan Akhir: 23 Jun 2024, 8 finalis akan diundang untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri.

*Anda boleh menonton semula Facebook Live sesi taklimat tersebut seperti dalam pautan berikut:

 

Cara Untuk Menyertai

  1. Pilih Motif: Pilih mana-mana daripada 20 motif yang dihasilkan oleh Corak Malaysia.
  2. Hasilkan rekaan anda:  Hasilkan reka bentuk atau lakaran berdasarkan motif pilihan anda..
  3. Sediakan Pembentangan: Sertakan perkara berikut dalam dek 4 halaman minimum::
    • Pengenalan Peserta
    • Ringkasan Eksekutif
    • Rekaan
    • Justifikasi Rekaan
  4. Hantarkan Penyertaan Anda: Hantar pembentangan anda (dalam format PDF atau PPT/PPTX) melalui pautan Google Form ini.

** Anda boleh mengakses contoh pembentangan dengan mengeklik pautan ini.

 

Motif oleh Corak Malaysia

Anda boleh memilik motif yang telah dihasilkan oleh Corak Malaysia melalui pautan berikut:

Motif 2023: https://corakmalaysia.com/collections/motifs 

Motif 2024: https://corakmalaysia.com/collections/motif-2024 

_________________________________________________________


Terma dan Syarat


1. Hak Cipta: Peserta mengekalkan hak cipta ke atas reka bentuk mereka. Walau bagaimanapun, Ruzzgahara, sebagai penganjur, berhak untuk mempamerkan reka bentuk dalam sebarang majlis seperti pameran, acara promosi, dsb.
2. Kelayakan: Terbuka kepada semua individu dan pasukan.
3. Penyerahan: Semua penyertaan mestilah karya asli yang dicipta oleh peserta.
4. Penghakiman: Reka bentuk akan dinilai berdasarkan kreativiti, keaslian, kebolehlaksanaan dan kepatuhan kepada tema.