Motif Bunga Mahkota (Bunga Durian)

Motif Bunga Mahkota (Bunga Durian)

Bunga Durian, dianggap sebagai sayur bermusim yang muncul sekali atau dua kali setahun. Dalam gastronomi Melayu, ini bukanlah sesuatu yang baru. Bagi orang Sarawak, bunga ini manis dengan tekstur yang rangup. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu cara penyediaannya kerana benang sarinya mengandungi lendir seperti getah yang perlu dibersihkan dengan betul.

Di Malaysia, Durian dengan nama saintifik Durio zibethinus, dikenali sebagai Raja Buah. Durian ditanam di Indonesia, Filipina, Malaysia dan selatan Thailand. Walaupun ia menjadi kegemaran ramai, masih wujud hubungan cinta atau benci termasuk di kalangan warga tempatan.

Sama ada anda benar-benar sukakannya atau tidak. Tiada jalan pertengahan kerana walaupun Durian mempunyai rasa manis yang lembut, ia juga mempunyai bau yang sangat kuat serta tidak disukai oleh ramai orang. Buah durian memiliki perwatakan yang agak berani tanga segan silu, ditambah pula dengan kulitnya yang berduri. Bagi sesetengah individu, ia adalah satu citarasa yang diperlu dipelajari untuk menghayati keenakkannya. Bau Durian itu sendiri boleh membangkitkan reaksi dari penghargaan mendalam hingga kejijikan yang intens.

Bunga durian yang cantik dikategorikan sebagai BUNGA LENGKAP kerana memiliki bahagian stigma dan stamen serentak. Bentuk bunga boleh berbeza di mana panjangnya boleh mencapai sehingga 15cm. Pada awalnya, tangkai akan muncul berserta bunga-bunganya dalam gugusan berwarna coklat hijau pucat dan mula mekar pada waktu-waktu tertentu untuk membolehkan polinasi.

Seperti pokok ‘dioceous’ lain, bunga durian mempunyai tangkai dan filamen yang menghasilkan debunga. Ia adalah tumbuhan heterozigous yang menghadapi kesulitan untuk membiak sendiri dan berfungsi lebih baik dalam pendebungaan bersilang.

MOTIF BUNGA MAHKOTA

Kerana kepentingannya dalam dunia Melayu, bunga durian dipilih sebagai salah satu motif untuk menggambarkan keunikan, keberanian serta daya tahan kaum ini, yang memiliki sekaligus paradoks kekuatan dan kelembutan, jelas kelihatan dalam ekspresi bunga dan buahnya yang manis, berlawanan dengan kulitnya yang berduri tajam.

Ini adalah gabungan kedua-dua sifat feminin dan maskulin terserlah melalui kehebatan buahnya, dengan keseimbangan yin dan yang, yang sempurna. Gabungan unik ini mencerminkan fleksibiliti negara Malaysia yang moden namun masih mempertahankan budaya dan warisan kita.

Sebagai raja buah, motif bunga ini sangat sesuai dinamakan Bunga Mahkota, kerana bunga berwarna kuning cair ini mempamerkan keunikannya dengan cara yang paling menakjubkan seperti sebuah kerajaan diraja yang mempesonakan rakyat mereka melalui halwa mata dan keterujaan yang mengasyikkan.

Kadangkala mereka kelihatan seperti bunga sakura kuning di atas pohon yang tinggi dengan ketrampilan yang sangat cantik dan menawan secara kolektif sebagai sajian pandangan penonton mereka yang berada di bawah.

Kewujudan mereka seolah-olah hanya bertujuan untuk membahagiakan mata manusia agar ciptaan Ilahi ini dapat dinikmati dengan penuh kesyukuran dan kekaguman. Motif ini diilustrasikan dengan bunga atau kepala yang berada di tengah-tengah dan dua tangkai yang melunjur keluar seperti dalam gerakan tarian, dengan hayunan yang lembut. Sementara itu, daun-daun yang mengelilinginya pula, fokus mengikuti aliran rentak tersebut dengan anggun. Reka bentuk ini sangat lemak gemalai, feminin dan artistik, serta halus sifatnya.

Bunga Durian Bunga Kiambang
Tinggi di langit, bertaut di air
Mesra melayan bila bertandang
Hilanglah sakit dibibir bersyair
Back to blog