Motif Patin Mas

Intro:

Bentuk anggun Ikan Patin dan corak sisiknya yang unik menjadi inspirasi bagi motif versatil yang menggabungkan unsur-unsur alam semula jadi. Reka bentuk ini mencerminkan habitat dinamik ikan tersebut. Sebagai spesies tempatan, Ikan Patin mewakili kelancaran laluan air Pahang dan ekosistem akuatiknya yang seimbang.

Latar Belakang:

Di sungai-sungai Malaysia, beberapa spesies keli asli seperti Pangasius hypophthalmus, P. Nasutus (Patin Buah), P. micronemus (Patin Juara), dan Helicophagus waandersii (Patin Muncung) hidup bersama keli berukuran besar Pangasionodon gigas (Patin Mekong). Pelbagai spesis ikan keli ini terdapat banyak di sungai terutamanya di negeri Pahang dan Perak. Ikan keli ini mudah dikenali dengan badan nya yang tidak bersisik, mempunya bentuk yang panjang dan kepala nya yang agak kecil dengan mata besar dan dua pasang sungut.

Meskipun mempunya kepala yang kecil, ikan patin boleh membuka mulut dengan lebar, menampakkan gigi tajam di rahangnya. Ikan patin adalah omnivor, iaitu hidup dengan memakan segala jenis makanan seperti alga, tumbuhan, zooplankton, serangga, buah sungai, krustasea, serta ikan kecil. Pertumbuhan ikan Patin bergantung kepada variasi spesiesnya; contohnya Patin Muncung boleh membesar seberat 20 kg bergantung kepada habitatnya. Spesies terbesar dalam keluarga Pangasiidae ialah Patin Mekong yang boleh mencapai saiz sepanjang tiga meter dengan berat 300 kg.

Musim mengawan ikan Patin selalunya bergantung pada musim tengkujuh, seringkali pada awal fasa monsun. Telur yang dilepaskan oleh ikan patin biasanya akan melekat pada akar pohon atau tanaman sungai. Habitat ikan Patin selalunya dijumpai terletak di tepian sungai besar, muara sungai, dan danau.

Ikan patin dikenali sebagai haiwan nokturnal; aktif hanya pada waktu malam. Ikan patin juga suka bersembunyi di lubang-lubang di sepanjang sungai. Hidangan paling popular adalah gulai tempoyak Ikan Patin, terutama di Temerloh, Pahang. Spesies ikan ini dianggap sebagai simbol daerah Temerloh, "City of Patin.”

Motif:

Motif Patin Mas berfungsi sebagai elemen khas dan sarat dengan erti budaya. Spesies ikan ini yang terkenal dengan warna emas mempunyai makna yang simbolik dalam budaya Malaysia. Motif Patin Mas mempunyai profil ramping dan anggun, adaptasi dari tubuh yang memanjang dan sirip yang elegan.

Di luar daya tarikan estetikanya, motif Patin Mas menonjolkan simbolisme budaya, mewakili kemakmuran dalam tradisi Malaysia. Warna emas ikan patin juga boleh memberi maksud kekayaan. Integrasi motif Patin Mas amat sesuai diaplikasikan ke dalam tekstil, seni dekoratif, atau elemen senibina dan ornamental mencerminkan hubungan yang kuat dengan warisan budaya Malaysia.

Back to blog